Wednesday, July 22, 2009

H1N1??

Maha suci tuhan yg maha genius..
diberi kesempatan untuk terus hidup..
alhamdulillah..


H1N1??
apa yg menarik nya??
terfikirkah anda kenapa ia nya terjadi??
H1N1 sejenis penyakit yang menular di kebanyakan negara..
sehinggakan kampus aku pun ditutup gara2 penyakit ini,,
tak ramai students uitm lendu yang kena,,tetapi hanyalah suspek sahaja..
bagi diriku yang sihat segar bugar ni,, happy sangat lah sebab dapat cuti.. mana tak nya baru 2 minggu daftar dah dapat cuti,, disuruh balik lagi,, ikut kan hati tak nak balik sebab kampung jauh dan duit nak beli tiket pon tak berapa nak cukup.. tetapi disebabkan arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan maka dengan rela hati aku membawa pulang diriku ini kekampung halaman,,

Disini bukan lah isu H1N1 yang ingin diketengahkan,,tetapi satu penyakit bawaan haiwan ini juga,,kita manusia penuh dengan kesilapan,,tapi sehingga tak dapat membezakan baik dan buruk jahil namanya,,ianya begitu popular kerana dalam sehari begitu ramai manusia memujanya..perkara ini sudah menjadi kebiasaan atau dalam bahasa yang mudah difahami..TABIAT.. tabiat orang kita yang begitu teruja untuk menyebut nama haiwan ini ketika marah,, sedangkan banyak lagi haiwan didalam dunia ini yang boleh disebut namanya.. Pantang
tersilap sedikit mulalah kita menyebut namanya.. Pantang terciut sedikit namanya kita seru,,ini mungkin kerana namanya itu senang untuk disebut barangkali,, bayangkan jika kita marah kita sebut nama haiwan lain contoh nya "ayam punya budak" bunyi nya macam tak kena kan?? cuba digantikan ayam itu kepada bxxi.. macam ini "bxxi punya budak".. hah bukan main lancar lagi..

Orang kita anggap ini biasa,, tetapi dimana letaknya moral kita sabagai orang timur yang penuh dengan tatasusilanya.. mana perginya sopan santun,, mana hilangnya ketimuran itu?? adakah ia nya tertinggal dizaman nenek moyang kita dahulu?? dan memerlukan mesin masa daripada doraemon untuk mengambilnya?? memang susah apabila ianya sudah menjadi tabiat dan sebati dalam kehidupan kita,, tetapi adalah tak mustahil jika kita ubah cara hidup kita untuk kehidupan yang lebih harmoni..

Anda bayangkan bila individu A menujukan ucapan sedemikian rupa kepada individu B.. dan individu B memulangkan kembali benda yang serupa kepada individu A,, pasti terjadinya pergaduhan,, dan bila bergaduh mula lah tidak bertegur sapa sehingga berhari-hari lamanya,, mungkin sampai bertahun-tahun,, dan akhirnya mati dengan membawa dosa akibat tidak bertegur sapa.. alahai malangnya nasib..

Dengan ini marilah kita bersama-sama mengubah sedikit demi sedikit perangai kita ini.. Belakang parang kalau diasah tajam jua.. karena 1% is better than 0,, baiklah.. anda semua ada mata,, anda tengok,, anda semua ada telinga,, anda dengar,, anda semua ada otak,, marilah kita mula berfikir secara waras..
adios..

Monday, July 20, 2009

salam perkenalan

hai,,semua,,
aku insan baru kat sini,,
harap xde yang x suka ..
aku join wat blog nie pon sebab dorongan dr seorang
kawan,,kami kawan dah lama tapi x pernah jumpa pon,,
hanya berhubung menggunakan teknologi..
dia kate aku nie banyak idea dan suruh aku buat blog,,
mungkin benar ape yang dia cakap tu..
so dengan izin yang maha kuasa aku pon wat la blog..

FIKIRAN INSAN mula tercipta,,
mungkin orang yang baca blog aku nie akan cakap aku ni poyo,
dan berangan nak jadi ahli falsafah,, tetapi bagi aku x salah kalau aku
nak jadikan itu sebagai tag line aku,,
sebab bg aku ramai orang kt luar sane yang ada otak tapi x
reti nak guna otak mereka untuk berfikir secara waras..
so aku harap kepad anda semua yang ada blog atau xde
bagi lah sokongan yang padu kepada penggiat blog..
adios..